Wednesday 3 June 2015

BAB 4 SISTEM KOMPUTER

SISTEM KOMUNIKASI

- Komunikasi yang menggunakan komputer lebih dikenali sebagai komunikasi data (data communication) ataupun telekomunikasi. Terdapat 3 komponen asas di dalam satu sistem telekomunikasi iaitu:

1. Penghantar
2. Penerima
3. Media Komunikasi


- Telekomunikasi ialah penghantaran data/maklumat daripada unit penghantar kepada unit penerima melalui media komunikasi yang tertentu tanpa mengubah kandungan data/maklumat tersebut.
- Sistem telekomunikasi membolehkan berlakunya komunikasi di antara terminal dengan komputer dengan komputer lainnya.
- Penghantaran data/maklumat mungkin melibatkan jarak yang dekat ataupun jauh.


JENIS PENGHANTARAN DATA

- Terdapat 2 jenis penghantaran data melalui media komunikasi iaitu penghantaran data digital dan analog.

1. Data Digital -> menggunakan 2 nilai iaitu 0 dan 1. mewakili 2 jenis isyarat elektrik (electric signal) yang berbeza. Contoh, data daripada komputer.

2. Data Analog -> menggunakan isyarat elektrik yang berterusan dalam bentuk gelombang. Contoh, Penghantaran data/maklumat di dalam talian telefon menggunakan isyarat analog.

- Talian telefon merupakan media komunikasi yang meluas penggunaanya. Penghantaran data/maklumat di dalam talian telefon menggunakan isyarat analog. Data daripada komputer pula berbentuk digital. Oleh itu penterjamahan data perlu dilakukan sekiranya talian telefon hendak digunakan sebagai media komunikasi. Alat yang berfungsi untuk tujuan ini ialah modem.

Modem

- Modem ialah singkatan daripada perkataan Modulate/Demodulate. Memodulat (Modulate) ialah penukaran isyarat digital kepada analog dan Nyamodulat(Demodulate) ialah penukaran analog kepada digital.
- Penghantaran data melalui talian telefon melibatkan kedua-dua proses penukaran isyarat telefon. katakan, sebuah terminal hendak menghantar data kepada sistem komputer di tempat lain. Data daripada terminal dalam bentuk digital.
- Modem pada masa tersebut perlu melakukan proses memodulat(modulate) iaitu menterjemahkan isyarat digital kepada analog. ini membolehkan data tersebut dihantar melalui talian telefon.
- Apabila sampai ke destinasi, isyarat analog perlu diterjemahkan semula kepada isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer penerima. Di sini proses nyahmodulat (demodulate) dilakukan oleh modem pada komputer penerima.

- Terdapat 2 jenis modem iaitu:
1. Modem sambungan terus (direct connect modem)
    - terdapat kabel yang menyambungkan komputer ke modem dan modem ke talian telefon
    - 2 jenis iaitu -> Internal (dipasang di bahagian dalam komputer)
                        -> External (dipasang dari luar komputer)
2. Penggandingan Akustik (Acoustic Coupler)
    - modem jenis ini memerlukan set telefon. terdapat kabel yang menyambungkan komputer ke modem. Penyambungan modem ke talian telefon ialah dengan meletakkan gangang telefon ke atas modem tersebut apabila sambungan talian dibuat.