Monday 8 July 2013

BAB 3 PERISIAN KOMPUTER

PERISIAN SISTEM 

Sistem yang membolehkan perisian berinteraksi dengan komputer dan membantu komputer mengurus sumber-sumber dalamnya.
 
Ia terbahagi kepada tiga jenis asas:


SISTEM PENGOPERASIAN

Sistem pengoperasian - mengurus operasi-operasi asas komputer
     Pengoperasian:
                            1. Membut/ memulakan komputer
                            2. Kerja-kerja pengemasan
                            3. Antaramuka pengguna - pemacu arahan, pemacu menu dan pengguna grafik.
                            4. Mengurus sumber-sumber komputer
                            5. Mengurus fail-fail
                            6. Mengurus kerja-kerja - multi-pengaturcaan, berkongisi-masa dan multi-pemprosesan

Sistem pengoperasian dan persekitaran pengoperasian yang utama adalah DOS, Macintosh Sistem Software, Windows, OS/2. Window NT, Unix dan Netware


PENTERJEMAH BAHASA
Penterjemah bahasa adalah perisian yang menterjemah sebuah aturcara yang ditulis oleh pengaturcara dalam
bahasa seperti BASIC, PASCAL dan C ke bahasa mesin yang mana komputer boleh memahaminya.

ATURCARA UTILITI
Aturcara  utiliti secara umumnya digunakan untuk menyokong, mengembang atau mempertingkakan utiliti
di dalam sistem komputer. Antara kerja-kerja utiliti adalah spt..
1. Screen server
2. Pemulihan data (Data Recovery)
3. Penyalinan semula (Backup)
4. Perlindungan Virus
5. Pemecahan Fail (File Fragmentation
6. Pemampatan Data (Data Compression)

PERISIAN APLIKASI
Perisian yang boleh melakukan kerja-kerja berguna pada kerja-kerja bertujuan umum seperti Pemprosesan perkataan, helaian kerja dan persembahan grafik.

2 kategori aplikasi perisian iaitu
1. Perisian tulis-terlanggan - adalah jenis perisian yang ditulis oleh pengaturcara komputer bagi memenuhi tujuan kerja-kerja yang khusus.
2. Perisian Pakej - digelar sebagai perisian komersial kerana ianya dijual secara komersial. perisian ini adalah aturcara yang sedia ada pada cakera bagi kegunaan awam

PROSES PENGATURCARAAN DI DALAM KOMPUTER

- Terdapat 5 langkah di dalam proses pengaturcaraan
1. Pernyataan masalah
2. Perancangan
3. Pengkodan aturcara
4. Pengujian aturcara
5. Dokumentasi

- Tahap2 Bahasa Pengaturcaraan
   5 generasi bahasa - Bahasa Mesin
                               - Bahasa Penghimpun
                               - Bahasa Paras Tinggi
                               - Bahasa generasi keempat
                               - Bahasa Tabii

- Memilih Bahasa Pengaturcaraan
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa pengaturcaraan ialah:
 * Arahan daripada pihak pengurusan yang menetapkan bahasa pengaturcaraan
 * Apabila 2 program diperlukan, maka menjadi lebih mudah sekiranya gunakan bahasa pengaturcaraan
    yang sama
 * Bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan setiap jenis komputer yang digunakan
 * Pengaturcara mestilah mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan

- Bahasa Pengaturcaraan Yang Utama
Contoh bahasa pengaturcaraan : FORTRAN, COBOL, BASIC, PASCAL, ADA dan C

Thursday 4 July 2013

BAB 2 PERKAKASAN KOMPUTER

Perakasan Komputer:

Operasi komputer terbahagi kepada 4 iaitu Input, Pemproses, Output dan Storan.
Setiap operasi ini mempunyai perkakasan tersendiri bagi membolehkan operasi ini berfungsi.

OPERASI KOMPUTER:


INPUT --> PEMPROSESAN --> OUTPUT
                                                --> STORAN

Berikan contoh perkakasan input, pemproses, output dan storan? apa pula fungsi setiap perkakasan itu?

Wednesday 3 July 2013

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Bab 1, pelajar telah belajar tentang
1. Pengenalan komputer
2. Komponen Komputer
3. Ciri-Ciri Komputer
4. Aplikasi Komputer
5. Sejarah Komputer
6. Generasi Komputer
7. Klasifikasi Komputer


15-19 Julai 2015

Nyatakan komen pelajar tentang isu Teknologi Maklumat pada masa kini, "Kemajuan Teknologi Maklumat mendorong peningkatan taraf hidup". Berikan komen anda mengenai penyataan tersebut.

 22-26 Julai 2015 

Senario 1: ISU SEMASA - Mengenai Jenayah Komputer
"Pihak bank menawarkan perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan Internet, aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan kita merasa takut untuk berurusan secara atas talian kerana nombor pin peribadi atau maklumat sulit seseorang akan diceroboh oleh penggodam". Jelaskan pandangan pelajar mengenai senario di atas.



PENGENALAN

Tujuan Blog ini dibangunkan adalah untuk memberi informasi kepada pelajar tentang topik-topik pengajaran subjek Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat (KCT1073/BCT1063) dan Teknologi Maklumat Gastronomik (CCT1013).

Pelajar-Pelajar yang mengambil subjek ini bagi semester Jun 2015 dialu-alukan untuk access blog ini sebagai jurnal pembelajaran pelajar. Nota dan tugasan boleh dicapai di blog ini dan sebarang maklumat terkini mengenai topik-topik yang berkaitan dengan subjek Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat Gastronomik boleh dikongsikan bersama dan pelajar juga boleh memberi cadangan atau komen anda tentang informasi dan perkongsian topik yang diutarakan dalam blog ini.

Diharap agar blog ini dapat membantu pelajar agar lebih berusaha untuk meningkatkan keinginan untuk lebih maju dalam pembelajaran dan gunakan sebaik-baiknya blog ini untuk memperolehi sesuatu yang dapat memberi kesan yang baik terhadap pembelajaran pelajar dan ke arah pemikiran yang kritikal.

Selamat Maju Jaya.