Monday 8 July 2013

BAB 3 PERISIAN KOMPUTER

PERISIAN SISTEM 

Sistem yang membolehkan perisian berinteraksi dengan komputer dan membantu komputer mengurus sumber-sumber dalamnya.
 
Ia terbahagi kepada tiga jenis asas:


SISTEM PENGOPERASIAN

Sistem pengoperasian - mengurus operasi-operasi asas komputer
     Pengoperasian:
                            1. Membut/ memulakan komputer
                            2. Kerja-kerja pengemasan
                            3. Antaramuka pengguna - pemacu arahan, pemacu menu dan pengguna grafik.
                            4. Mengurus sumber-sumber komputer
                            5. Mengurus fail-fail
                            6. Mengurus kerja-kerja - multi-pengaturcaan, berkongisi-masa dan multi-pemprosesan

Sistem pengoperasian dan persekitaran pengoperasian yang utama adalah DOS, Macintosh Sistem Software, Windows, OS/2. Window NT, Unix dan Netware


PENTERJEMAH BAHASA
Penterjemah bahasa adalah perisian yang menterjemah sebuah aturcara yang ditulis oleh pengaturcara dalam
bahasa seperti BASIC, PASCAL dan C ke bahasa mesin yang mana komputer boleh memahaminya.

ATURCARA UTILITI
Aturcara  utiliti secara umumnya digunakan untuk menyokong, mengembang atau mempertingkakan utiliti
di dalam sistem komputer. Antara kerja-kerja utiliti adalah spt..
1. Screen server
2. Pemulihan data (Data Recovery)
3. Penyalinan semula (Backup)
4. Perlindungan Virus
5. Pemecahan Fail (File Fragmentation
6. Pemampatan Data (Data Compression)

PERISIAN APLIKASI
Perisian yang boleh melakukan kerja-kerja berguna pada kerja-kerja bertujuan umum seperti Pemprosesan perkataan, helaian kerja dan persembahan grafik.

2 kategori aplikasi perisian iaitu
1. Perisian tulis-terlanggan - adalah jenis perisian yang ditulis oleh pengaturcara komputer bagi memenuhi tujuan kerja-kerja yang khusus.
2. Perisian Pakej - digelar sebagai perisian komersial kerana ianya dijual secara komersial. perisian ini adalah aturcara yang sedia ada pada cakera bagi kegunaan awam

PROSES PENGATURCARAAN DI DALAM KOMPUTER

- Terdapat 5 langkah di dalam proses pengaturcaraan
1. Pernyataan masalah
2. Perancangan
3. Pengkodan aturcara
4. Pengujian aturcara
5. Dokumentasi

- Tahap2 Bahasa Pengaturcaraan
   5 generasi bahasa - Bahasa Mesin
                               - Bahasa Penghimpun
                               - Bahasa Paras Tinggi
                               - Bahasa generasi keempat
                               - Bahasa Tabii

- Memilih Bahasa Pengaturcaraan
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa pengaturcaraan ialah:
 * Arahan daripada pihak pengurusan yang menetapkan bahasa pengaturcaraan
 * Apabila 2 program diperlukan, maka menjadi lebih mudah sekiranya gunakan bahasa pengaturcaraan
    yang sama
 * Bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan setiap jenis komputer yang digunakan
 * Pengaturcara mestilah mahir menggunakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan

- Bahasa Pengaturcaraan Yang Utama
Contoh bahasa pengaturcaraan : FORTRAN, COBOL, BASIC, PASCAL, ADA dan C

2 comments:

  1. Apakah jenis perisian yang sesuai digunakan sekiranya perisian sistem yang digunakan oleh komputer anda menggunakan OS Window XP?. Senaraikan jenis-jenis perisian yang bersesuaian.

    ReplyDelete
  2. 1. Sistem Pengoperasian
    Adalah atur cara yang menjalankan mikrokomputer anda. Ia menyelaras sumber, menyediakan antara muka pengguna dan komputer serta menjalankan aplikasi
    2. Atur Cara Utiliti
    Melaksanakan tugas khas yang berkaitan dengan pengurusan sumber komputer atau fail. Ia termasuk atur cara yang membantu pengguna mengenalpasti masalah pada perkakasan, mencari fail yang hilang dan membuat salinan sandaran data. Dalam erti kata lain, atur cara utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pengformat cakera keras, perisian pemampat dan perisian membuat salinan.
    3. Pemacu Peranti
    Adalah atur cara yang direkabentuk khas untuk membenarkan peranti input dan output berkomunikasi dengan lain-lain sistem komputer
    4. Penterjemah Bahasa
    Menterjemah arahan pengatur caraan yang ditulis oleh pengatur cara ke dalam bahasa yang difahami dan diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengatur caraan.Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, penterjemah dan penghimpun.

    ReplyDelete