Wednesday 3 July 2013

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

Bab 1, pelajar telah belajar tentang
1. Pengenalan komputer
2. Komponen Komputer
3. Ciri-Ciri Komputer
4. Aplikasi Komputer
5. Sejarah Komputer
6. Generasi Komputer
7. Klasifikasi Komputer


15-19 Julai 2015

Nyatakan komen pelajar tentang isu Teknologi Maklumat pada masa kini, "Kemajuan Teknologi Maklumat mendorong peningkatan taraf hidup". Berikan komen anda mengenai penyataan tersebut.

 22-26 Julai 2015 

Senario 1: ISU SEMASA - Mengenai Jenayah Komputer
"Pihak bank menawarkan perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan Internet, aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan kita merasa takut untuk berurusan secara atas talian kerana nombor pin peribadi atau maklumat sulit seseorang akan diceroboh oleh penggodam". Jelaskan pandangan pelajar mengenai senario di atas.



71 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. apa pendapat pelajar tentang perkembangan IT terhadap kehidupan?

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, IT adalah sangat penting dalam kehidupan zaman sekarang ini. Kerana segala maklumat - maklumat penting kebanyakannya terkandung dan terdapat dalam internet seperti Wikipedia dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. IT memang penting dalam masyarakat sekarang. Dalam masyarakat yang kian makin maju kita haru banyak mempelajari dalam bidang it utk mengembangkan minda yang sihat..jangan tau online facebook jak k kawan kawan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana minda dapat dikembangkan dengan adanya IT? cuba jelaskan

      Delete
  5. perkembangan IT banyak memudahkan kerja dari pelbagai segi terutamanya dari segi kerja kertas(paperwork). adanya IT sekarang orang tidak perlu menggunakan kaedah menulis yang mungkin ada berlakunya ketidak fahaman kerana tulisan individual tersebut.

    @jovie san
    miss.... ini acc saya. nicko lee agustin ^^

    ReplyDelete
  6. Teknologi Maklumat sememangnya mendorong kepada peningkatan hidup.....contoh Negara JEPUN yang kini membangun bersama dengan penggunaan teknologi...sememangnya JEPUN merupakan negara yang maju dalam penggunaan teknologi...saya berharap agar Dasar Pandang Ke Timur di terapkan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sya sangat setuju dengan kemajuan teknologi maklumat kerana dengan adanya teknologi maklumat hidup seharian kita akan menjadi lebih senang melaksanakan tugas yang diberi.

    ReplyDelete
  9. Dengan IT kita dapat mengetahui banyak benda yang baru dengan mudah tanpa perlu mencari maklumat dalam buku .Seorang usahawan yang berjaya juga bermula dari kepakaran IT yang di miliki.

    ReplyDelete
  10. saya sangat bersetuju dgn petikan tersebut,kerana kemajuan teknologi sngat bnyak memberi dampak yg baik dalam mendorong peningkatan taraf hidup manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila komen dengan lebih panjang. terima kasih

      Delete
  11. teknologi sememangnya membantu kita untuk bertindak dan berkomunikasi dengan lebih pantas...SEKIAN.......

    ReplyDelete
  12. sememangnya IT mmbantu kita untuk berjaya..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih komen anda..cuba terangkan bagimana IT membantu kita untuk berjaya..sebab lihat dari perkembangan sekarang ini para remaja lebih kepada perkara2 yang tidak baik sehingga tidak kelihatan mereka berjaya..cuba Mat Yo jelaskan dari segi apa IT ini membantu ke arah kejayaan..tq

      Delete
    2. ada sesetengah para remaja yang mengunakan teknologi ke arah kebaikan dan ada sesetengah daripadanya juga ada yang menyalahgunakan teknologi zaman sekarang seperti menyebarkan berita-berita palsu,menyedit gambar-gambar menteri dan sebagai.mereka tidak tahu akan keburukan yang akan mereka alami kerana kerajaan baru sahaja melancarkan akta POTA .itu bagi mereka yang menyalahgunakan tekonologi masa kini,namun bagi mereka yang berfikiran "WARAS",mereka tahu akan kegunaan teknologi pada masa kini lebih-lebih lagi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang memerlukan teknologi seperti komputer untuk memudahkan mereka membuat kerja dan sebagainya.IT juga banyak membantu para masyarakat terutamanya kepada mereka yang menjalankan perniagaan seperti membuat bisnes ONLINE,menjadi AGENT dalam bab pengiklanan menerusi online DAN LAIN-LAIN.

      Delete
  13. Pada pendapat saya, kemajuan teknologi maklumat mendorong peningkatan taraf hidup dari segi kehidupan manusia. Penggunaan teknologi maklumat telah merubah pandangan seseorang seperti berkomunikasi tanpa sempadan. Seseorang boleh berkomunikasi ke seluruh dunia dengan adanya 'email' dan bole dihantar dalam masa yang singkat sahaja.
    Dengan adanya penggunaan teknologi maklumat,komunikasi tanpa kertas juga dapat diwujudkan.Ini dapat menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dibuat kertas sekaligus dapat menyelamatakan alam sekitar kita.
    Kesimpulannya,penggunaan teknologi maklumat sangat penting bagi seseorang pengguna yang semakin maju ke alaf kemodenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myra..pendapat yang sangat baik...adakah dengan hanya komunikasi shja? untuk menuju ke alaf kemodenan banyak perkara yang perlu di tingkatkan dan semuanya memerlukan kepakaran IT..apa pandangan Myra?

      Delete
  14. pada pendapat saya, kemajuan teknologi maklumat sememangnya telah mendorong kepada peningkatan taraf hidup manusia. contohnya, setiap orang sekarang tidak kira tua atau muda,masing-masing mempunyai gadjet tersendiri untuk mengakses ke internet.

    Dalam bidang pelajaran pula, pelajar di sekolah kini mampu mengakses ke internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. bukan sahaja dapat mencari maklumat melalui internet, malah pelajar juga mampu menimba ilmu pengetahuan yang banyak dengan melayari internet.

    Dalam bidang perbankan pula, pengguna mampu membuat transaksi bank secara 'online'. Hal ini mampu menjimatkan masa seseorang pengguna dengan tidak perlu berbaris panjang di kaunter bank.

    Kesimpulannya, kemajuan teknologi maklumat sememangnya membawa banyak kebaikan kepada pengguna. Terpulanglah daripada seorang pengguna untuk menggunakan teknologi maklumat dengan betul atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat yang baik leonie..sememangnya dengan kemajuan IT sekarang ini membawa banyak perubahan kepada setiap golongan dan dari segi penggunaan dan pengendaliannya sangat setuju bahawa terpulang kepada seseorang individu itu sendiri menggunakan kemajuan ini ke arah kebaikan atau keburukan..apa pula pandangan leonie dengan adanya kemajuan IT sekarang ini akan terus berkembang ke arah yang lebih canggih atau sebaliknya?..

      Delete
    2. pada pandangan saya, kemajuan IT sekarang ini sememangnya akan terus berkembang ke arah yang lebih canggih lagi kerana selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat.

      Delete
  15. dalam teknologi sangat penting utk perkembangan IT dan mempelajari teknologi maklumat utk kehidupan seharian kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rash..terima kasih utk komen anda..o iya..apa yang Rash maksudkan dengan dengan mempelajari teknologi maklumat untuk kehidupan seharian kita?..cuba jelaskan..tq

      Delete
  16. teknologi maklumat pada masa kini telah memberi peningkatan yang maju kepada para usahawan, peniaga dan syarikat untuk memajukan produk mereka dengan cara membuat pembelian secara "online" atau atas talian. Ini kerana, usahawan, peniaga dan syarikat yang membuat penjualan secara online ini akan memudahkan pembeli untuk membeli produk atau barang yang diingini yang mereka ingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat baik komen anda mohd arzad..terima kasih, pembelian secara "online" sememangnya memudahkan dan pembeli hanya perlu ada talian internet dan di manapun pembeli berada boleh buat pembelian. Namun disebalik adanya peralatan yang canggih dan talian internet sebagai sokongan pembelian "online" ini ada sesetengah peniaga atas talian ingin meragut keuntungan dengan memaparkan jualan mereka tetapi sebenarnya mereka hanya menipu pembeli..apa pendapat dan cara untuk mengatasi masalah seperti ini agar tidak berleluasa menurut Mohd Arzad.

      Delete
    2. pada pendapat saya, jika perkara tersebut berlaku kepada "si pembeli", kita haruslah melapor perkara ini kepada pihak yang berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) supaya boleh di ambil tindakan yang sewajarnya kepada "si pelaku" atau syarikat/usahawan/peniaga. Dengan ini, kita dapat mengurangkan lagi sindeket penipuan seperti ini agar kita tidak lagi merasakan di tipu lagi.

      Delete
  17. kemajuan teknologi maklumat banyak mendorong kepada peningkatan taraf hidup pada masa kini,seperti perniagaan dalam internet,dan mempromosi iklan-iklan barangan yang ingin di jual kepada pelanggan.
    Di sebab kan ramai yang pada masa kini telah menggunakan IT sebagai alat berkomunikasi di alam maya,iaitu seperti FB,INSTAGRAM,TWITTER dan lain-lain.Disebabkan itu pelanggan juga boleh membeli secara online.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kemajuan teknologi telah mendorong kemajuan dalam aspek pendidikan, pengurusan, dan pekerjaan. Kemajuan Teknologi maklumat juga telah mempermudahkan segala urusan dimana kita dapat menjimatkan lebih banyak masa, kos, serta dapat mengkongsikan dan mendapatkan idea-idea dengan lebih luas dan tidak mengambil kira jarak perhubungan.

    ReplyDelete
  20. aplikasi komputer yang terkini juga banyak membantu kepada masyarakat juga, kepada pelajar. kemajuan aplikasi kini banyak membantu dan memudahkan pencarian ilmu yang berguna

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. saya setuju dengan kemajuan teknologi pada era globalisa kini .. kerana teknologi telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bidang perniagaan contohnya penggunaan ICT dalam perniagaan dapat membantu untuk menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak yang berkenaan seperti pelanggan dengan pantas dalam masa yang singkat , selain itu melayari internet dengan melakukan perbankkan(bank in) secara online , Di samping itu , dalam bidang pembelajaran juga dapat mencari segala maklumat yang diperlu .

    ReplyDelete
  23. IT merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.Dengan itu IT telah banyak memberi sumbangan terutamanya ILMU

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya..sangat setuju dengan pandangan Erwandi..cuma pelajar sering menggunakan maklumat ini sebagai bahan copy dan paste..contohnya untuk menyiapkan sesuatu tugasan pelajar cari dan terus copy & paste tanpa membaca dan memahaminya. Apa pendapat erwandi mengenai perkara ini?

      Delete
  24. Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.Kewujudan ICT turut membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT........

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya betul herman..dengan perkembangan pesat teknologi ICT sekarang ini..semua yang kita inginkan terletak di hujung jari kita sahaja dan kita dapat memperolehinya..ini menunjukkan bahawa penguasaan di bidang IT perlu diaplikasikan oleh semua golongan..bukan sahaja golongan pelajar yang pengkhususannya dalam bidang IT tetapi juga diperlukan dan diaplikasikan oleh semua pelajar dalam pelbagai jurusan dan sudah makanya tiada alasan untuk memperkatakan bahawa mereka yang mengambil jurusan IT sahaja yang mempelajari dan menguasai bidang ini tetapi dalam pelbagai jurusan. Pada pendapat herman adakah tanpa pengetahuan dalam bidang ICT kita bolehkan katakan seseorang atau individu itu sebagai seumpama katak di bawah tempurung?..beri ulasan anda.

      Delete
  25. Pada Pendapat Saya.Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
    untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
    digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

    ReplyDelete
  26. pada pendapat saya, teknologi maklumat dan komunikasi atau dipanggil ICT amat penting bagi sumua lapisan masyarakat di dunia. tanpa IT negara kita tidak akan maju dan mundur di telan zaman.

    ReplyDelete
  27. Kehadiran teknologi maklumat adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multimedia. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya di alam maya, contohnya cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan yang menjelaskan hakikat ini.

    ReplyDelete
  28. bagi pendapat saya betul!!! sebab kemajuan teknologi masa kini bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup namun ianya amat penting kepada individu dan negara agar kita tidak ketinggalan zaman dan dapat mencapai negara maju pada masa akan datang!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  29. Pada pendapat saya, IT telah banyak membantu kita terutama di kalangan remaja yang masih melanjutkan pelajaran mereka. Mereka perlu melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang mendalam. IT juga dapat membantu mereka untuk menyiapkan projek/ kerja kursus pada masa yang singkat dan tepat. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melakukan bayaran(perbankan) secara online. Bagi sesiapa yang minat akan membeli baju tetapi malas untuk keluar dari rumah, mereka juga dapat membeli baju secara online. Barang-barang yang sudah diguna (secondhand) juga ada di internet. Kesimpulannya, IT telah memberikan banyak faedah kepada kita yang juga digelar sebagai pengguna.

    ReplyDelete
  30. TEKNOLOGI MAKLUMAT ini juga dapat memudahkan individu untuk mndapatkan maklumat.
    sekian trima kasih..

    ReplyDelete
  31. Pada pendapat saya, jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita haruslah berhati-hati walau berada dimana sahaja..

    Perbankan internet ditawarkan oleh pihak bank, ini menunjukkan bahawa perbankan jenis ini adalah selamat, mudah untuk berurusan, tidak membuang masa dan walau dimana sahaja kita boleh melakukan urusan perbankkan tanpa perlu ke bank..

    Penggodam ada, tetapi kita harus berhati-hati sebelum melakukan urusan perbankkan. Seperti, mengenalpasti bahawa website yang kita layari adalah website sebenar bank tersebut.. Oleh itu, segala masalah mengenai penggodam dapat dielakkan..

    Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  32. tidak dapat dinafikan jenayah ini merupakan jenayah yang sukar ditangani kebanyakannya dilakukan oleh mereka yang mahir dalam penggunaan teknologi, apa yang harus dilakukan pengguna hendaklah terlebih dahulu menyiasat latar belakang agensi tersebut dan kalau d ragui elakkan untuk tidak berhubung lagi

    ReplyDelete
  33. pada pendapat saya, teknologi maklumat banyak membantu pada era kini. teknologi maklumat dapat memudahkan kerja setiap orang. seperti contoh, teknologi maklumat memudahkan seseorang pelajar untuk membuat kerja kursus dengan mudah. teknologi maklumat juga memudahkan seseorang untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  34. Pada pandangan saya, dengan adanya kemudahan IT sebegini pada masa kini, pelbagai jenayah komputer telah timbul. Salah satunya seperti Senario 1 yang telah dipaparkan di atas. Sememangnya 'online-banking' telah memberi banyak manfaat kepada pengguna, misalnya dapat menjimatkan masa para pengguna dengan tidak perlu lagi mereka pergi ke pejabat bank tertentu untuk berurusan dengan pihak bank.

    namun, 'online-banking' juga telah mendorong kepada jenayah komputer.

    misalnya, seperti 'hacker'. mereka dapat mengecam nombor pin peribadi atau maklumat sulit pengguna.

    oleh itu, para pengguna perlu menjadi pengguna yang bijak dengan memadam semua maklumat peribadi setelah melakukan transaksi secara atas talian.

    selain itu juga, pengguna juga perlu 'log-out' setelah selesai membuat urusan bank secara atas talian. Hal ini juga dapat mengelakkan 'hacker' untuk mengetahui maklumat peribadi seseorang pengguna.

    kesimpulannya, para pengguna yang gemar membuat transaksi bank secara atas talian wajar mengambil kira setiap perkara di atas dengan serius. Hal ini mampu mengelakkan para pengguna daripada digodam melalui internet. Lantas, hal ini dapat menyelamatkan diri seseorang pengguna tersebut.

    ReplyDelete
  35. pada pendapat saya,IT snggt penting bagi semua lapisan masyarakat serta iya adalah satu kemudahan yg sedia ada bgi memudahkn untuk menggunakan .Serta iya sebagai alat berkomunikasi di alam maya,iaitu seperti FB,INSTAGRAM,TWITTER dan lain-lain.Disebabkan itu pelanggan juga boleh membeli secara online.



    #Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  36. Pandangan saya sebagai pelajar,kita sebagai pengguna haruslah sentiasa berhati-hati mengenai perkhidmatan atas talian jika berurusan dengan pihak bank.Seperti pergi ke cawangan bank yang berdekatan sebelum membuat sesuatu urusan atau mendapat surat dari pihak bank untuk pengesahan baru membuat urusan di dalam internet.

    ReplyDelete
  37. Berhati-hati apabila membuka apa-apa lampiran e-mel. Terutamanya jika anda tidak mengetahui penghantarnya, tetapi walaupun anda tahu, ia masih memungkinkan untuk perisian perosak ,memalsukan alamat e-mel atau boleh juga mencurinya dari computer dan menghantarnya ke luar tanpa pemilik computer itu mengetahui.

    KERJASAMA ANTARA NEGARA SECARA GLOBAL PERLU BEKERJASAMA DGN NEGARA LAIN – UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN DLM MENGHADAPI SERANGAN SIBER.
    HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG BAIK – BEKERJASAMA BERKONGSI MAKLUMAT DLM KESELAMATAN KOMPUTER
    MENUBUHKAN UNIT PENCEGAHAN JENAYAH SIBER

    ReplyDelete
  38. kebanyakan pada zaman moden sekarang ni banyak orang yang menyalahgunakan penggunaan teknologi..........

    ReplyDelete
  39. Pada pandangan saya, mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa bagi perbankan internet, ujian ke atas sistem Perbankan Internet dijalankan secara tetap untuk memastikan sistem tersebut sentiasa boleh dipercayai oleh pengguna.
    Selain itu, penyediaan pengaturan bagi keselamatan Internet untuk memastikan infrastuktur yang digunakan dijamin selamat. Di samping itu, penggunaan pelbagai teknologi keselamatan seperti penyulitan utuh, dinding keselamatan, log keluar automatik dan alat pantau.Seterusnya, pemasangan sistem untuk mengesan dan menggagalkan serangan 'hacker'.
    Kesimpulannya, pengguna tidak perlu merasa takut untuk berurusan secara atas talian kerana ia mempunyai teknologi keselamatan yang moden.

    ReplyDelete
  40. Mengenai IT.

    Pada pendapat saya, It sangatlah penting dalam dunia globalisasi kini (dunia tanpa sempadan).

    Sebagai pelajar yang mengambil bidang Perniagaan, Maklumat dan teknologi adalah sangat penting bagi memudahkan urusan perniagaan hingga ke seluruh dunia..

    Selain itu, dalam dunia seharian kini. IT sangat penting bagi memudahkan maklumat disampaikan dan diterima kepada semua orang tanpa membuang masa, wang ringgit dan cepat (sampai dalam beberapa minit sahaja).

    ok.. ;)

    ReplyDelete
  41. Bagi pendapat saya, jenayah siber perlu dibendung dan undang-undang jenayah siber harus diperketatkan agar tidak agar tidak berleluasa. Jenayah siber ini tergolongan kepada pelbagai peringkat umur, tetapi yang sering terjebak pada jenayah ini adalah golongan remaja. Saya mencadangkan agar kerajaan mangambil tindakan yang sepatutnya agar remaja yang terjebak dapat mendapat hukuman yang setimpal. Dengan ini, pihak sekolah dan ibubapa harus menjadi peranan penting.

    ReplyDelete
  42. Pada pandangan saya jenayah siber sangat serius terutamanya pada pengguna yang selalu menggunakan Online banking..dengan penggunaan online jenayah siber semakin meningkat , Oleh itu pihak yang berkenaan perlulah mengambil tindakan bagi membendung kes jenayah siber ini

    ReplyDelete
  43. Isu-isu tersebut sering kali terjadi atas perbuatan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat saya, isu-isu ini harus di bendung dengan apa cara sekalipun oleh pihak berkuasa, kerana ia memberi kesan yang negatif dimana ia dapat menjadikan kemudahahan sesuatu urusan menjadi sulit dan menghalang sestengah pihak untuk berurusan melalui online. Aktiviti jenayah siber dapat di bendung sekiranya undang-undang diketatkan.

    ReplyDelete
  44. jenayah komputer yang semakin berleluasa sekarang mengakibatkan ramai pengguna yang berasa sangsi dan ragu untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh bank. sedangkan, perkhidmatan ini sebenarnya memudahkan seseorang individu untuk melakukan transaksi kewangan. oleh hal yang demikian, seseorang perlulah berhati-hati dengan perkhidmatan ini untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah siber.

    ReplyDelete
  45. Bagi pendapat saya, jenayah siber perlu dibendung dan undang-undang jenayah siber harus diperketatkan agar tidak berleluasa. Jenayah siber ini tergolongan kepada pelbagai peringkat umur, tetapi yang sering terjebak pada jenayah ini adalah golongan remaja. Saya mencadangkan agar kerajaan mangambil tindakan yang sepatutnya agar remaja yang terjebak dapat mendapat hukuman yang setimpal. Dengan ini, pihak sekolah dan ibubapa harus menjadi peranan penting.

    ReplyDelete
  46. jenayah tentang penggunaan teknologi sangat sulit untuk diselesaikan kerana jika masalah sebegini terus berlaku mendatangkan masalah kepada masyarakat malaysia.........................

    ReplyDelete
  47. Pada pendapat saya,Teknologi sangat penting bagi masa sekarang kerana masa ini adalah generasi moden perlu mengetahui tentang teknologi maklumat,ini disebabkan pada masa ini mencari pekerjaan perlu mengetahui tentang teknologi maklumat terutamanya berkerja di pejabat dan sebagai pelajar untuk mendapatkan maklumat.

    ReplyDelete
  48. pada pendapat saya,dengan adanya teknologi maklumat dapat mendorong pelajar atau pekerja untuk membuat tugasan dengan mencari maklumat melalui internet. Selain itu,teknologi juga mudah untuk pengguna mendapat maklumat mengenai isu semasa berlaku di negara..

    ReplyDelete
  49. Pada pendapat saya ,dalam mencari penyelesaian melibatkan isu jenayah siber ini, perlu diingat betapa tiada suatu cara yang mutlak bagi mengatasi masalah ini secara total. Hal ini kerana, jenayah siber ini merupakan suatu perkara yang tidak boleh diramal, ia merupakan sebuah jenayah era baru yang berkembang dan berevolusi seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Jadi, apa yang boleh dilakukan adalah mencari suatu jalan bagi mengurangkan kadar jenayah siber dan mengurangkan impak negatifnya terhadap mangsa-mangsa jenayah siber ini. Dalam merealisasikan perkara ini, usaha daripada satu pihak sahaja tidak cukup, sebaliknya kita memerlukan gabungan tenaga dari pihak yang pelbagai dengan menggunakan metod yang bervariasi bagi menghadapi permasalahan jenayah siber ini. Antara cara menghadapi permasalahan ini adalah dengan mewujudkan undang-undang dan undang-undang ini perlu disokong oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pihak masyarakat, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.

    ReplyDelete
  50. Pada pandangan saya,senario seperti ini sering kali berlaku atas perbuatan individu yang tidak bertanggungjwb. hal ini berlaku akibat sikap sesetengah pihak hanya mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete